Thursday, August 28, 2014

JANGAN MENCARUT

Mencarut adalah tanda HATI KOTOR. Kalau korang sikit-sikit nak guna perkataan 'fuck', 'bitch', 'bangang', 'sial', 'babi', 'bodoh' dan yang sama waktu dengannya, tak kisahlah sama ada semasa bersembang, atau dalam status dan komen FB, tweet atau retweet perkara-perkara yang ada unsur di atas. Sedarlah bahawa HATI korang tengah KOTOR dan BUSUK.

Hanya hati yang kotor dan busuk akan mengeluarkan kata-kata dan tulisan yang kotor dan busuk.

"Hati ibarat kuah, dan lisan adalah senduk yang mencedok kuah tersebut. Jika kuah itu bersih, apa yang dicedok juga bersih... Jika kuah itu kotor, apa yang dicedok juga kotor..."


Sentap? Jadi, apa lagi... BERUBAHLAH!

By Nur Zuliana Zulkifli Martin